Video Produksi | Pengurusan Majlis | Sewa Peralatan | Khidmat Nasihat Audio Visual | Bengkel Audio Visual
VIDEO PRODUKSI
GALERI VIDEO
Video Produksi
VIDEO PRODUCTION
Kami di Emolution (M) Sdn Bhd sentiasa bergerak secara profesional bermula dengan proses Pre-Produksi, Produksi On Set(shooting) & Pasca-Produksi untuk menghasilkan karya yang berkualiti.
SCRIPTING
Pre - Production
Kami di Emolution (M) Sdn Bhd sentiasa menekankan produk video atau filem yang berkualiti untuk ditontonan masyarakat umumnya.
Bermula dengan penghasilan skrip yang berkualiti , pemilihan kakitangan dan peralatan produksi yang baik serta pelakon yang menepati kehendak skrip.
Bagi kami skrip yang bagus akan menghasilkan jalan cerita yang baik dan jalan cerita yang baik akan menghasilkan produk yang berkualiti. Kami sentiasa merujuk kepada panel-panel skrip yang dipilih untuk menkaji, meminda dan berbincang untuk menambahbaik skrip tersebut.
“Skrip yang berkualiti = Jalan cerita yang bagus”
Secara profesional faktor yang menghasilkan video atau filem yang berkualiti ia bermula dengan penghasilan skrip yang berkualiti dan diikuti dengan kerja-kerja yang melibatkan; pecahan skrip(breakdown script), kajian lokasi, “shot list”, papan cerita (storyboard), pelakon (cast), pengiraan bajet dan jadual penggambaraan.
Faktor kedua adalah pemilihan peralatan penggambaran dan kru produksi yang terdiri daripada jabatan pengarahan, pengurusan penggambaran , jabatan teknikal dan jabatan pereka seni dan set.
Faktor ketiga ialah pemilihan watak yang bersesuaian iaitu menepati kehendak skrip.
Kami sentiasa melengkapkan kerja-kerja pre-produksi kerana bagi kami pre- produksi merupakan pangkal kepada menghasilkan video atau filem yang berkualiti dan ia diikuti produksi dan pasca produksi.
“Pre produksi yang efisien = Penggambaran yang bagus”
SHOOTING
Production On Set
Kami mengamalkan budaya profesional dengan mengikut jadual dan perancangan asal semasa penggambaran merangkumi set penggambaran, kakitangan teknikal, pelakon-pelakon, juru tatarias termasuk pengurusan produksi.
Pengurusan produksi melibatkan urusan pengangkutan, tempat letak kereta, makanan & minuman. Kami mengamalkan kerja yang berdedikasi serta mematuhi jadual penggambaran.
“Produksi yang efisien = Video atau filem yang bagus”
EDITING
Pasca-Produksi
Kami membuat penyuntingan awal video, pemberian kesan khusus “folley” dan adunan audio, pembetulan warna (colour grading), motion grafik, , score musik, kesan bunyi serta pindaan bagi kepuasan kami dan pelanggan.
“Pasca-Produksi yang efisien = Video atau filem yang berkualiti”